Powered By Blogger

Thursday, August 2, 2012

Dari dunia pejabat ke Dunia Perguruan

keputusan yang diberi menjadi suatu ujian yang besar buat diri ini... Inilah peluangnya... semua orang menyokong tatkala daku ingi mengubah kerjaya dari seorang kerani kepada guru... padahal hanya guru ganti untuk seketika waktu... kata mereka jadi guru senang, pergi sekolah, mengajar dan pulang selepas waktu sekolah... paling lewat sekalipun jam 3 kita telah berada dirumah.. inilah situasi yang masyarakat memandang kepada guru seolah-olah tugas guru ini bukanlah suatu tugas yang berat... memulakan tugas sebagai guru, aku sangat bersemangat... sejak dahulu aku sangat berminat menjadi seorang guru... malah kejayaanku yang lampau telah mendorong aku untuk jua mendidik mereka agar juga turut berjaya.. hari pertama disekolah aku hanya melapor diri... tugas masih diteruskan di pejabat lama bagi menyelesaikan masalah-masalah yang belum selesai di pejabat. aku ingin ketiadaan aku tidak menyusahkan orang... memang sedih meninggalkan pejabat itu kerana disana ada kak ja, kak na, abg faisol yang memang terlalu baik padaku... susah hendak mencari staff yang sebaik mereka... walaupun kami sentiasa dikomplain, tapi memang begitulah tugas kami... hari-hari melayan tetamu yang tidak pernah putus mengunjung tiba, menyelesaikan masalah setiap orang dan pelbagai lagi... tapi indahnya membantu orang yang memerlukan tanpa mengharap sebarang balasan. cukuplah hanya Allah yang membalasnya... =) mengungkap diriku mula-mula terlibat dalam dunia perguruan ini, ku anggap tugas guru bagaikan senang sahaja tetapi akhirnya aku mengenal perit jerihnya menjadi guru... mendidik bukanlah sekadar mengajar tetapi ibarat mengasuh anak kecil yang baru belajar bertatih... mengapa aku berkata demikian? jika anda menjadi guru yang mengajar dikelas-kelas pandai, disekolah-sekolah hebat, pasti anda tidak akan mengenal masalah ponteng, masalah murid yang kurang ajar... selama ini aku hanya tahu berteori mengapa anak-anak suka ponteng sekolah, melawn kata-kata guru, terlibat dengan masalah sosial... tapi hari ni aku melaluinya tatkala mereka ponteng sewaktu waktu pembelajaran dan pengajaran aku... terasa begitu perit tatkal guru adalah insan yang paling bersemangat hendak mengajar tetapi murid itu tidak mahu belajar... bermain dalam kelas, bercinta, bergurau senda, melawan cakap bagaikan suatu perkara biasa... dan pada waktu ini aku mula berfikir, bagaimanakah guru-guru yang pernah mendidikku, telah melaluinya pada suatu ketika dahulu? mestilah guru-guru yang berada disekolahku dahulu seorang yang benar-benar sabar melayan kerenah murid yang pelbagai... jika dulu aku mempertikai kenapa pemakaian kad dikenakan kepada pelajar yang hendak keluar ke tandas, maka hari ini aku mengakui bahawa pemaikaian kad itu sangat perlu bagi membasmi masalah ponteng... alamak dah lewat ni... ada orang nak guna laptop plak... nanti kita cerita lagi tentang sekolah yer,...

Sunday, December 4, 2011

Mengigati Mati, Ibadah umum dan khusus serta solat...

Pemergian orang-orang terdekat dalam tempoh beberapa hari ini menyebabkan diri ini berfikir sejenak. Bukankah janji Allah itu benar, setiap yang hidup pasti akan mati dan setiap yang bermula pasti akan berakhir. Secara peribadinya aku merasakan hidup ini sebenarnya terlalu cepat. Semakin hari kita semakin tua. Tanpa kita sedar, umur kita sudah tua untuk beribadah kepada Allah dan apakah saat itu kita menilai bahawa amalan kita yang sedikit dengan tempoh masa yang semakin dekat cukup untuk kita beribadah dan dapatkah kita membeli syurga dari ALLAH???
Dengan tempoh umur yang telah Allah berikan ini, apakah yang telah kita lakukan? Adakah amalan atau kegiatan yang kita lakukan sepanjang kehidupan ini diterima oleh Allah swt? Secara biasanya mungkin kita tidak sedar, dengan kegiatan atau kelakuan kita sehari-hari juga mampu memberi pahala kepada kita asalkan kita niat untuk melakukannya kerana Allah. Sebagai contoh, bekerja demi mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan anak-anak kerana anak-anak itu adalah amanah dari Allah, menyapu lantai dirumah untuk membersihkannya kerana menjaga kebersihan adalah tuntutan agama islam, begitu juga dengan memberus gigi, memotong kuku, mandi, dan sebagainya, semuanya akan memberikan pahala/ganjaran kepada kita diakhirat kelak asalkan kita niatkan kerana Allah... Ini diklasifikasikan sebagai ibadah umum.... manakala ibadah khusus pula adalah melakukan ibadah seperti bersolat, puasa, zakat, haji yang sememangnya adalah kerana suruhan Allah.

Dalam kelekaan kita melakukan aktiviti seharian, kita dituntut untuk bersolat. Solat itu adalah tanda kita mengigati Allah kerana disamping mengisi perut yang kosong untuk kesihatan jasmani, hati ini juga memerlukan pengisian untuk terus menyihatkan hati kita dari anasir-anasir luar yang jahat. Cuba kita lihat, berapa ramai mereka yang hebat, mampu menjadi Dr yang berjaya, mampu menjadi seorang peguam, seorang CEO sebuah syarikat tetapi terlibat dengan zina, ajaran sesat, judi, minum arak dan sebagainya. Sedangkan mereka lebih tahu bahawa judi, arak dan zina lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan... Kita juga melihat negara luar yang maju di eropah mempunyai teknologi yang tinggi, pemikiran dan idea yang lebih hebat, penyelidikkan yang lebih banyak tetapi masih mengalami masalah sosial yang sukar dibendung. berapa ramai remaja meraka yang masih dara dan teruna sebelum kahwin?... berapa banyak kes homoseksual yang berlaku disana?. berapa banyak pula kes bunuh diri, sakit mental yang berlaku??.. dan ketahuilah bahawa semua ini berlaku kerana hati mereka kosong... mereka ingin mengisi hati itu tetapi tidak tahu bagaimana ingin mengisi kekosongan itu dan kerana itulah mereka cuba mengisi kekosongan hati itu dengan aktiviti tidak berfaedah yang mereka rasakan mampu untuk mengisi kekosongan hati...

Bagi ummat islam, pengisian hati adalah sangat penting, dan kerana itulah pentingnya solat. Mungkin kita selalu mendengar bahawa zikir adalah makanan hati dan percayalah zikir yang paling afdal adalah dengan bersolat. Itulah zikir yang paling baik dan paling utama. Kita akan menjadi hebat dengan solat, hati akan menjadi tenang, jiwa akan menjadi lapang. Solat bagaikan sebuah perisai yang mampu untuk menahan diri dari melakukan kejahatan, memujuk hati, melapangkan dada dan fikiran, mencegah sakit mental, dan sebagainya. Kebergantungan dan pengharapan kepada Allah adalah teras utama dalam solat. Ia menunjukkan kesetiaan seorang hamba, membezakan antara manusia dan haiwan, dan membezakan antara islam dan kafir.




Friday, October 14, 2011

Diari Seorang Insan Kerdil

maafkan aku ,
kerana aku bukan untukmu,
kita berbeza, dan sangat berbeza.

haluanku berbeza dengan dirimu,
harus kau tahu,
aku mencari sinar cahaya,
cahaya yang mampu membawaku ke syurga,
dan bukan sebuah sinar yang seakan-akan cahaya,
yang pasti membawaku ke neraka.

telah diterangkan pada kita,
jalan yang penuh noda itu indah,
jalan yang benar itu susah,
perlu ada pengorbanan untuk mendapat kemanisan...

telah diterangkan jua pada kita,
yang halal untuk kita lakukan dan yang haram untuk kita lakukan,
haruskah kita menafikannya lagi...

aku harap dikau mengerti,
haluan kita berbeza, kerana aku bukan perempuan murahan,
yang boleh diajak berdating berdua sahaja,
yang boleh dibawa menaiki kenderaan kehulu dan kehilir,
tanpa arah dan tujuan...

harus aku ingatkan dirimu,
biarpun diri ini hanyalah insan kerdil,
yang jua tidak lepas dari dosa dan noda,
yang aku cari adalah redha ILLAHI,
bukan jua kemarahan dan kemurkaan yang maha Pencipta.

Ya ALLAH, ku mohon taubatku diterima,
janganlah kau uji daku dengan ujian begini,
aku rindu padaMu saat berada ditaman-taman syurga...

Sunday, October 9, 2011

Rasa rindu yang bertahta

sudah sekian lama aku berhenti dari bekerja di taska umaisya. sesekali terselit jua rasa rindu yang bertahta dihati ini. tapi jika difikirkan semula, aku tidak mampu untuk membahagikan masa dengan baik, jadi lebih baik berfikir untuk mendiamkan diri terlebih dahulu dan bertenang untuk seketika. Biarlah diri ini berada dirumah dan menjadi suri rumah sepenuh masa untuk sementara waktu, sebelum meneruskan agenda seterusnya. banyak kenangan manis jua aku di taska. sepertimana sesiapa sahaja yang memulakan pekerjaan baru, pasti banyak pengalaman yang dipelajari.Aku juga punya pengalaman yang sukar dilupakan, yang aku akan ingat kanak-kanak ini sampai bila-bila. Masa hari pertama aku mulakan kerja, kebiasaannya bila aku mengasuh anak sedara dirumah, aku biasa menghayun 1 buaian sahaja. Tapi hari itu, aku ditugaskan menghayun dua buaian sekaligus. Maknanya kedua-dua tangan aku pastilah bergerak. Kata kak ti yang juga boss aku, nazra( bayi yang baru berusia empat bulan ketika itu), ni memang kat rumah dia ditidurkan dalam buaian elektrik. Jadi, jika buaian tidak dihayun untuk seketika, memang dia akan menangis. so, nak ke tak nak, buaian itu akan terus aku hayun sampai bayi tersebut sedar semula. Hehehehe....

disebabkan itu hari pertama aku, maka boss la yang memandikan budak-budak. Aku ingat macam dirumah, kita yang perlu bukakan baju mereka. Rupanya anak-anak yang berada di taska ini mudah berdikari. Mereka membuka sendiri pakaian mereka apabila disuruh untuk mandi. Jadi memang kita tidak susah untuk membuka pakaian kanak-kanak yang lebih sepuluh orang itu. Kemudian, mereka akan beratur dan bergerak ke arah bilik air. ni la first time aku tgok anak-anak ni bawa tuala dengan memakai pampers. so cute!!! macam iklan huggies. paling aku berkenan, ain la. betul-betul macam dalam iklan huggies. hehehe

usai tegahari, mat datang bawak botol susu. "cikgu, mat nak cucu". " "hah?mat nak cucu? kalu mat nak cucu, mat kena kawin la, then suruh anak mat plak kawin, lpas tu baru dapat cucu" kata aku sambil senyum pada mat. Sajer buat lawak masa tu, walaupun mat bukan faham apa yang aku maksudkan. Lepas tu aku buat-buat tak faham bila mat minta susu. Mat senyum sambil sengih kat kaki aku nak juga dibuatkan susu. nak ke tak nak, kena buat juga sebab memang tugas aku. hehehe

hari demi hari begitu lah tugas aku di taska sehingga lah aku berhenti bekerja. sesekali terasa jua rindu bila kakti kata nazra tak nak duduk dengan pembantu baru. dan paling best bila aku berkunjung sahaja ke sana, pasti penuh anak-anak ini mengekori dari belakang. sampai pembantu baru minta aku pusing belakang melihat barisan keretapi yang mereka bina dibelakangku... huhuhu...

cukup disini dulu... nanti ada masa cerita lagi yer...

Friday, July 15, 2011

kerana aku bukan sesiapa

Melihat post-post di blog lain, sangatlah indah... Dan aku, masih lagi tercari-cari bagaimanakah untuk terus mengisi blog ini. Penulisanku tidaklah sehebat bait-bait kata cinta yang dilafazkan oleh insan lain, namun aku ingin menjadi aku. Sesekali terfikir dibenak ini, bagaimanakah seorang yang kerdil, tidak punya apa-apa ilmu sepertiku ini mampu untuk membantu agama islam? Aku tidak sehebat sejarahwan untuk menceritakan betapa hebatnya sejarah islam yang pernah tercipta, aku pula bukan ulama yang mampu menceritakan tentang apakah itu islam dan ajaran didalamnya kerana diri ini masih jua belajar dan menuntut ilmu berkaitan dengan agama yang aku anuti ini, dan aku juga bukan sasterawan yang mampu mengoda dengan indahnya bait-bait kata tapi aku punya semangat.. Semangat dan keyakinan bahawa islam akan menang suatu saat nanti... tapi perlu aku katakan dan seringkali kita disedarkan dengan kata-kata bahawa ummat islam sekarang sudah semakin lemah. Semakin ramai yang tidak lagi punya asas, yang semakin hari kita mengaku beragama islam tetapi tidak jua melaksanakannya. Aku merasa segan tatkala kita sering dibandingkan dengan bangsa cina mahupun india. bukan disini aku mahu menjadikannya isu perkauman, tetapi mereka ini lebih rajin dan punya semangat yang tinggi berbanding kita. Aku sesekali mencari apakah sebenarnya masalah yang berlaku pada golongan melayu islam? adakah kita terlalu dimanjakan oleh kerajaan? atau kita sebenarnya cepat berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang? atau kita sebenarnya telah leka? aku ambil contoh mudah. tatkala menaiki bas atau komuter, banyaknya aku melihat bangsa asing ini membaca sambil menunggu untuk samapi ke destinasi.. tapi kita? termenung dan terus termenung sehingga sampai ke destinasi.. aku pernah membuat eksperimen sendiri. tatkala keluar menaiki train dari KL ke shah alam yang memakan masa 40 minit, aku membaca... dan alangkah terkejutnya aku bahawa aku mampu menghabiskan 1 bab dari buku tersebut spanjang perjalan. bayangkanlah, alangkah ruginya kita jika masa menunggu train/ bas itu tidak kita manfaatkan? aku tahu, setiap dari kita sangat sibuk dan tidak sempat pun untuk membaca dirumah... tapi jika kita manfaatkan masa sekejap sambil menunggu bus/ train itu kita gunakan untuk membaca, pasti masa kita akan sentiasa cukup... buanglah sikap termenung itu dan gantikanlah dengan berfikir... kerna aku pernah mendengar ustaz berkata, berfikir tentang kejadian ALLAH itu walaupun sejenak lebih baik daripada solat sunat... sama2 renungkan masa yang telah banyak kita bazirkan selama ini...

Tuesday, May 3, 2011

Animal behaviour... hahaha

Hari ini baharu sahaja selesai 'paper animal behaviour'. Tinggal lagi satu 'paper' yang perlu dijawab untuk menghabiskan semester ini. Alhamdulillah biarpun susah tapi sebenarnya saya sangat gembira belajar tentang perilaku haiwan-haiwan ini. Bukanlah belajar untuk mendapat gred yang baik semata-mata tetapi belajar tentang animal behaviour ini menyebabkan saya banyak berfikir tentang betapa hebat dan indahnya ciptaan Allah..
Dulu saya selalu berfikir, mengapa dan kenapa lelaki lebih mudah mengigati jalan berbanding wanita? Seorang lelaki jika pernah sesat disuatu tempat, mereka lebih senang mengigatinya berbanding perempuan yang kadang-kadang setiap hari melalui jalan yang sama masih belum dapat mengenalpasti lokasi tempat berkenaan. Akhirnya terjawablah persoalan itu... Hehe, sebenarnya lelaki mempunyai kawasan otak hippocampus yang lebih besar berbanding wanita. Kawasan otak ini berfungsi untuk mengigat dan mengenalpasti kawasan (space area). Semakin banyak kawasan yang boleh diingati, semakin besar saiz hippocampus pada kawasan otak. Oleh kerana itulah, jangan sesekali menyalahkan wanita sekiranya mereka sukar untuk mengigati tempat. Tetapi itu bukan bermakna kita sebagai wanita tidak boleh mempunyai saiz hippocampus yang lebih besar dari lelaki.. Practice make perfect. =) 


Selalulah belajar untuk mengigati tempat.. Berbeza pula dengan burung. Bagi burung, burung betina mempunyai saiz hippoacampus yang lebih besar berbanding burung jantan. Kenapa? Kerana burung betina perlu mengenalpasti space tempat mereka membuat sarang, meninggalkan telur atau anak mereka. Burung betina akan travel mencari makanan dan seterusnya pulang kembali ketempat tersebut untuk memberi makan dan perlindungan kepada anak. Jadi mereka perlu mengenalpasti kawasan mana mereka telah membuat sarang. Selain itu keunikkan yang ada pada burung ini, ada beberapa species burung yang menyimpan makan atau menyembunyikan makanan disuatu tempat dan masih dapat mencarinya semula setelah beberapa bulan kembali. Sebagai contoh burung dari species Clarks’s nutcracker (Nucifraga columbiana) boleh menyembunyikan 9000 'items' di tempat yang berbeza dan boleh mencarinya selepas 9 bulan kemudian, hebat kan? Kita ni, kadang-kadang, kunci bilik, kunci kereta, kunci rumah pun kita lupa kat mana kita letak. =)

Seterusnya apa yang lebih menyebabkan saya sedikit kagum dengan haiwan, burung ciptaan Allah ini adalah ketika mereka berhijrah. Berhijrah? Yang biasa kita dengar Rasulullah berhijrah bersama-sama sahabat ke madinah, tapi kali ni burung juga berhijrah. Mungkin itulah sunnahtullah kehidupan, kita perlu berhijrah. Ok, apa yang menakjubkan adalah burung mampu berhijrah sejauh beribu-ribu kilometer dalam tempoh beberapa hari dan tidak akan berhenti selagimana mereka tidak sampai ditempat yang dituju.  Sebagai contoh, Sandpiper yang travel sejauh 3800km dalam tempoh 19 hari dengan kelajuan 220km/sehari, 10g Lesser Yellow Leg yang travel sejauh 3100miles dalam tempoh 6 hari dengan kelajuan 500km/sehari dan Albatross di indian ocean yang travel 3600-1500km dalam masa 3-33 hari dengan kelajuan 80km/jam. Lihatlah, betapa jauhnya burung berhijrah, walaupun tanpa bantuan kenderaan seperti kita tetapi burung mampu berhijrah sehingga beribu-ribu kilometer.

 Apa yang kita lihat dari burung sepatutnya kita ambil sebagai pengajaran dimana burung tidak pernah mengerti erti putus asa dalam berhijrah dan hidup seekor burung mempunyai matlamat iaitu untuk sampai ke destinasi (tmpat berhijrah) dan burung bersedia, serta bertindak menuju sasaran tersebut. Dan kemudian bandingkanlah dengan diri kita, apakah hidup kita ada matlamat, serta bersediakah kita dan adakah kita bertindak sepertimana burung bertindak mendapatkan sasaran tersebut...  kita selalu berkata manusia ini Allah cipta adalah sebaik-baik kejadian, lebih baik dari haiwan... tapi dalam soal tawakal, soal berusaha, soal penetapan matlamat, adakah kita telah mengatasi burung? atau sebaliknya dan membiarkan seekor burung mengatasi kita dalam beramal? maarilah kita sama-sama merenung dan fikir-fikirkanlah...
Apa-apa pun, jom kita layan gambar-gambar burung dibawah ini...











Saturday, April 30, 2011

BERITA DARI INSAN TERSAYANG

Petang tadi baru sahaja saya selesai dengan peperiksaan untuk subjek 'Human Resourse Management'. Masih ada lagi dua kertas ujian yang perlu diduduki iaitu pada 3 hb nanti dan pada 5hb nanti. Semoga diri saya dapat melakukan yang terbaik... Semalam... terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran ini. Kesihatan mek (mak) yang agak terganggu kebelakangan ini menyebabkan saya merasakan seolah-olah hendak sahaja diri ini terbang ke kampung. Namun terubat sedikit rindu pada mek tatkala dapat mendengar suara mek. Cuma sesekali timbul kerisauan dihati ini kerana umur mek yang sudah mencecah 70 tahun. Iyalah, orang tua, selalu sahaja sakit-sakit. Tapi diri ini kena banyak bersabar kerana mencari ilmu disini. Jika tidak sudah lama saya pulang kerumah.
Semalam, saya bukan sahaja dikejutkan dengan kisah mek yang juga sakit dikampung tetapi juga dengan berita tentang seseorang yang juga rapat dengan diri ini iaitu NorHafiesha Hazwin. Seorang wanita yang sangat tabah padaku. Wanita terpilih yang Allah beri dia cabaran yang hebat dan kurasakan jika aku berada ditempat dia pasti aku tidak dapat mengharunginya. Seperti biasa saat saya membuka facebook baharulah saya mendapat perkhabaran tentang diri dia. Dia dikatakan masih tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan pada 28 april yang lepas. Menurut rakannya, Fie dikatakan koma setelah pembedahan. Siapakah yang tidak sedih mendengar berita itu? Hati ini bagai sayu, wanita yang selama ini mengharapkan aku membimbingnya kini sedang berada dalam keadaan koma. NurHafiesha Hazwin, nama yang cantik secantik empunya dirinya. Seorang wanita yang tabah menghadapi setiap cabaran yang datang. Walakin dia menghadapi saat-saat yang paling getir dalam hidupnya, dia masih tabah menghadapinya. Mungkin inilah ujian Allah terhadap diri Fie kerana Allah tahu Fie mampu menghadapinya. Mira selalu cakap pada Fie, Allah beri Fie ujian ini sebab Allah tahu Fie mampu menghadapinya... InsyaAllah Allah tahu niat Fie untuk berubah dan Fie juga telah pun sedikit sebanyak melakukan perubahan... Ya sayang, setiap orang yang mahu berubah itu pasti akan diuji. Siapapun kita tetap akan diuji. Mira juga begitu, sampaikan diri ini merasakan amira sekarang bukan lagi amira yang diri ini megenalinya suatu ketika dahulu..Sentiasa mencari penyelesaian tetapi tetap juga masih mencuba. Fie, ujian kita berbeza kerana Allah tahu setiap kemampuan hambaNya. Allah tidak memberi ujian yang Fie tanggung kepada orang seperti Mira kerana Allah tahu Mira tidak akan mampu menghadapinya sepertimana Fie menghadapinya...Fie kena sentiasa tabah dan Fie kena sentiasa kuat..Fie maafkan Mira sebab tak sempat jumpa Fie bulan lima yang lepas. Kesibukkan Mira dengan thesis menyebabkan Mira tak mampu jumpa Fie pada waktu itu. Mira nak Fie tahu bahawa Mira sangat gembira dengan kehadiran Fie dalam hidup ini. Biarpun tiada orang yang mengerti betapa Mira sayangkan Fie kerana Allah, Mira tetap nak Fie tahu Mira benar-benar sayangkan Fie kerana Allah. 'Touching la plak.'. "Takpe, asal benar dari hati"... Ape pun Mira harap Fie cepat sedar yer sayang... Bangunlah dan kita hadapi hidup ini bersama... Mira sentiasa menanti Fie disini...
Buat mek yang teramat ra sayang, cepat sembuh yer.anakmu ini sentiasa mendoakan moga mek cepat sembuh.. Boleh bermanja.hehehe,rindu sangat. nanti ra balik kampung, mek makan nasi banyak-banyak yer. Tak ada lagi alasan takde selera nak makan. Tunggulah, pasti tak lama lagi ra berada di pangkuan mek.I love U mek.